Nak Jual Buat Cara Nak Jual

10:34:00 PG

Assalamualaikum dan salam sejahtera


jumpa lagi kita ni kan, aku harap masih ramai yang nak letak komen kat bawah ni, kalau nak komen pasal blog aku pun tak pe, then, kalau boleh nak minta pendapat kat semua, baru la meriah blog ni, huhu

okay, berbalik pada tajuk, aku sebenarnya tak paham dengan perangai orang yang nak meniaga ni, boleh pula diorang ambil endah tak endah je pasal pelanggan diorang.

cerita nya macam ni, satu hari tu ada la aku ke kedai kasut, then aku tanya kan pasal sepasang kasut ni, memang dah lama la aku teringin nak beli, tapi nak buat macam mana asal aku pergi je kat mana-mana kedai diorang kata habis, then bila aku pergi kat kedai tu, aku pun tanya "kasut macam tu ada tak jual kat sini" then, dia kata,  "dah habis, tapi boleh order dan akan sampai dalam seminggu" aku punya la excited balik dengan gembira siap pergi makan kfc lagi.


dipendek kan cerita aku pergi la lepas seminggu, then, boleh pula dia kata tak sampai lagi, aku pelik sungguh la, tapi aku tetap bagi masa, then aku kata nak ambil minggu depan.


bila minggu depan, alang-alang kawan aku nak keluar dating tu, aku suruh dia ambil kan kasut aku, korang tau tak dia kata apa, kawan aku kata minah kat kedai tu kata "eh, tak tahu la, mana ada" aku dengar je macam tu aku rasa macam aku nak lempang je minah tu, sebab aku tau dia ada waktu aku order kasut tu, bila kawan aku kata nak cakap dengan tokey kedai tu, dia kata tokey tak da, lepas pada tu aku memang aim kedai tu, aku tak kan pergi kedai penipu macam tu, kurang ajar gila, kalau tak da kata aja la tak da, nak nyusah kan aku, nak kesana ulang alik.


kalau la jadi kat korang, apa yang korang rasa dan pada pendapat korang betul ke tindakan aku, kalau ikut kan kenakalan aku ni, aku jaja je nama kedai tu, biar tak da orang datang lagi, tapi disebab kan banyak kebaikan dalam diri aku ni, *wink2 aku sabar kan je lah

terima kasih sebab sudi baca coretan aku ni,
sila komen

You Might Also Like

4 Pendapat

  1. kalau sekali boleh terima..tapi klau dua tiga empat kali p xde je..mmg pelempang je...

    kdg2 tak boleh salah kn tokey jugak sbb amanah tu ade pada pekerje klau tak buat pe la tokey tu ambik pekerje kn?? perabis duit je bayor gaji...

    BalasPadam
  2. pendamba tak pernah ag beli kasut kena tempah2 ni. Jadi pengalaman xd.

    tapi sebab ni blog 'pada pendapat saya' pendamba akan bagi pandangan mengenai situasi ni.

    Kadang2 mereka yang berurusniaga ni lebih mengutamakan keuntungan daripada kepuasan pelanggan. Sebab tu mereka sanggup berjanji walaupun mereka pasti tak dapat nak tepati.da menjadi budaya peniaga sekarang. Kedai baiki fon pun selalu cam tu.:) janji siap satu hari, bila da seminggu pun tak usik lagi

    BalasPadam
  3. aduhai...
    peniaga yang tak jujur la ni..
    beri harapan palsu pada pelanggan..
    nama kedai sendiri jugak yang busuk..
    kan dah hilang satu pelanggan..

    BalasPadam
  4. Han: itu lah, tapi tokey tu pun satu, pantau la dia punya pekerja, aku rasa tak lama lagi lingkup dia punya kedai tu kalau dibiarkan ja.tq komen, :)

    Pendamba: ini lah manusia kan pendamba, janji bukan main lagi last2 habuk pun tarak, tq komen, :)

    Kak diana: aah, dah hilang dah pelanggan macam saya ni, saya ni suka beli kasut, kasut sport mmg kegemaran la, dia pulak buat mcm tu, kalau tidak mesti sy akan selalu kekedai dia, haish, tq komen, kak diana. :)

    BalasPadam

Komen cun-cun tau

Opie Neon. Dikuasakan oleh Blogger.

Pages

Lain-lain Blog

Cara Hasilkan Mashed Potatoes Yang Gebu Dan 'Creamy'

Cara Paling Senang Dan Cepat Untuk Buat Cheesy Wedges Sendiri