Tak Perlu Rasa Diri Lemah (Kisah Sperma dan Ovum)

Assalamualaikum dan salam sejahtera

hari ni aku nak jadi pakar motivasi, hehe
seperti yang korang sedia maklum, ramai yang rasa diri tu rendah diri, then, rasa diri tu lemah sangat, tak setanding dengan orang lain

kadang2 rasa tak adil, "kenapa dia macam tu, dia banyak kelebihan dan aku biasa2 je"
siap ada yang melemah kan diri sendiri pulak "ala, biar lah, dia lagi bagus dari aku"

aku rasa orang yang berfikiran macam ni terlupa satu perkara, korang tau tak apa
aku culik dari google

kartun tu tak da kena mengena, just aku nak ingat kan korang satu perkara, korang tau tak korang asal dari mana, dari air mani kan
air mani tu ada apa? ada sperma, korang rasa berapa banyak sperma dalam air mani tu? aku tak sure, tapi aku rasa lebih ribuan sperma dalam air mani pada masa air mani tu di keluarkan.

kemana rasanya sperma tu nak pergi? aku pendek kan cerita la, dia nak ke ovum (sel telur)
cuma satu atau dua sperma sahaja yang boleh masuk, then zona pellucida yang meliputi ovum tu akan mengeras, dah tak da sperma yang lain boleh masuk. -the end-

korang nak tau tak apa jadi pada sperma tu?

jadi lah seorang baby comel, iaitu korang sendiri

so, apa yang korang paham pada cerita ni?
korang tau tak, sperma ni mengalami banyak halangan semasa masuk dalam badan wanita, banyak sperma yang mati di awal perjalanan, dan sperma yang ada terus berusaha meneruskan perjalanan untuk menuju matlamat mereka, iaitu ovum.

so, korang masih rasa diri korang lemah ke?
antara ribuan korang yang berjaya.

tak perlu rasa diri lemah sebab setiap manusia ada kelebihan masing2, lantak la apa orang nak kata kat korang, tak cantik ke, tak pandai ke, diorang jelez kat korang je tu.

terima kasih
p/s: kalau ada salah tegur2 lah ye, huhu