Tak Sangka Aku.

Assalamualaikum dan salm sejahtera

aku ni, baru je balik dari menghabiskan masa kat McD, ingat kan nak buat assignment, tapi time tu plak aku punya mata ni berat yang amat, entah la, aku tak sure sapa yang letak gam kat mata aku ni

tertido aku dalam kereta dengan member aku. Bangun je dah pukul 6:45 am, ceitt, cam mana aku lupa, solat subuh aku ni, terus menderu balik u dan solat, punya jahil aku ni, haish

malam tu sebenarnya aku melepak dengan students muzik, tengok diorang jamming, best siot. memang aku respek tahap gaban ar dengan diorang. Macam-macam lagu aku dengar.

Dulu aku ingat kan budak muzik ni, sosial tinggi, tak sopan dan pelbagai perkara buruk terlintas kalau tengok dari luaran diorang. aku minta maaf, huhu

tapi korang tau tak apa yang aku rasa semalam, berubah 100%, korang tau tak, kenapa???
sebab,



  • semalam actually tuan rumah jemput member aku je, segan gila aku nak pergi, then, sampai sana, tuan rumah (student muzik) ajak aku makan, tak henti-henti, padahal dia bukan kenal aku pun.
  • keduanya, korang tau tak aku tengok, diorang ni bersaing, masing-masing menunjuk kan kehebatan main alat muzik dan menyanyi, honestly dari muka diorang tak nampak tengah nak menunjuk, tapi diorang macam gembira gila, bila kawan-kawan diorang perform. 
  • diorang tak lekang dari senyum kot, senyum memanjang, sebab aku tau diorang nak bersaing dengan cara yang baik, tak da macam sesetengah dari kita ni, bersaing macam nak gaduh, tak puas hati itu la ini la..
  • benda yang terbaik aku tengok diorang ni, korang bayang kan, kebanyakan nya lelaki semalam, diorang nak berjalan depan aku, tunduk, korang paham tak, membongkok..aku rasa macam terkejut gila. orang yang tunduk lalu depan aku tu, rambut panjang, seluar pendek kot, wah gila terasa diri ni dihargai kot *muka aku matang sebab aku umur aku lebih dari diorang semua, aku tak tua okay.
tengok, mampu tak korang buat mcam tu, kalau mampu maksud dia korang memang baik, so kesimpulannya

google punya