1 MOTOR 1 GENDER

Assalamualaikum dan salam sejahtera

jeng3..ini dia logonya


ha, amacam tajuk kat atas, mesti korang tertanya-tanya apa kah maksud aku sebenarnya kan

hehe, 1 MOTOR 1 GENDER ada lah kempen yang dirasmikan di UiTM Shah Alam semalam,

moto kempen ini ialah KESELAMATAN DIDAHULUKAN MARUAH DIUTAMAKAN

kempen ini ialah anjuran exco kerohanian & kaunseling, Jabatan Pembangunan Mahasiswa dan Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2011/2012

bagi aku kempen ni agak bagus, sebabnya dapat menjaga keselamatan dan maruah para pelajar semua,
memang bagus kepada sesiapa yang memberi idea tentang kempen ni

untuk pengetahuan korang, sambutan memang lebih dari jangkaan, aku pun terkejut tengok ramai sangat orang,
apapun THUMBS UP untuk diorang semua, aku doakan kempen ni berterusan, insyaAllah

itu sahaja terima kasih, ;)