Kayak2

3:33:00 PG

Assalamualaikum dan salam sejahtera

aku dah lama tak update, serabut aku tengok blogger baru ni. pergghhh...
tapi setiap perubahan yang berlaku mesti lah kita kena terima kan
sebab laam2 nanti mesti dah terbiasa

pasal kayak yang aku nak cerita kan dulu, nak tunjuk gambar mana boleh, kantoi gambar aku di situ nanti, hehe
just aku cerita pengalaman je lah ye,

first day aku tiba kat situ, honestly teruja, *malam baru sampai ea, penat tak sudah aku, huhu
pastu, kitorg tidur awal, persediaan nak kayak, kang tertidur waktu berkayak, kan tak ke naya, huhu

tibalah harinya yang ditunggu-tunggu;
kitorang bertolak, naik bas nak sampai ke sungai tu, dan waktu tu aku rasa cuak sebab first time aku berkayak ni, arus sungai pulak deras kan,
nak naik kayak ni mesti berpartner, kecuali kalau naik kayak single, aku naik kayak single, tolong lah, aku takut tak sampai je, haha
ekspedisi kitorang ni ada medik (nama sebenarnya PBSM, nmpak grand sikit) dan abang-abang bomba, (yelah, ramai bebeno yang tak reti berenangnya, haha, yup termasuk lah aku = =')
waktu nak turun tu, memang berhati-hati, sebab, sekali kayak tu dah sampai ke tengah, dia akan terus je ikut air, tapi jangan korang ingat senang nak berkayak ni, korang kena kayuh jugak tau, arus air ni dia bawa kita ikut suka je, so, kita kena make the direction is right, pandu betul2

korang tau tak berapa lama aku mengayuh kayak tu, humang aih, 2 jam lebih, mental tahap gaban gak ar aku, gila, lenguh abes tangan aku, nak berenti, kang tak sampai, lagi haru, so apa lagi, sambil terjerit terlolong seorang diri (junior aku tengok aku dari belakang mcm cuak ngan aku, mesti dia ingat aku kena rasuk, huhu)

sambung cerita:
panasnya, masha Allah, itam legam kulit aku ni, huhu...sekarang dah putih sikit ni

lepas pada tu, kitorang sampai je, pakat senyum, tapi nampak gigi je lah, haha
kitorang balik, macam biasa (kang aku citer banyak-banyak korang boring plak)

so, pada kawan-kawan yang nak g berkayak, sila kan, naik muscle kot, hehe

itu saje, maaf lah cerita ini mungkin memual kan kalian, hehe, aku dah penat ni, babai

You Might Also Like

2 Pendapat

  1. pernah sekali je main kayak... mmg best... huhuhuhu

    BalasPadam

Komen cun-cun tau

Opie Neon. Dikuasakan oleh Blogger.

Pages

Lain-lain Blog

[VIDEO] Menjerit Sambil Lempar Barang – Ini Reaksi Zizan Bila Nampak Lembaga

Bakal Menyambut Zuriat Pertama? 5 Topik Hangat Para Ibu Ini Pasti Buat Anda Dilema!