KENAPA SETIAP YANG ADA DI DUNIA MEMPUNYAI PASANGAN?

Assalamualaikum dan salam sejahtera


pada segmen aku yang lepas, aku bertanya dan mengingin kan jawapan mengenai tajuk di atas


only 2 person join this segmen, but Alhamdulillah, dari tak da kan :)


ini ada lah jawapan yang aku terima untuk dikongsi dengan semua


Bismillahirrahmanirrahim...

Eza Boom Boom memberi jawapan yang ringkas dan mudah difahami
Kita merupakan ciptaan Allah S.W.T.. Memang diciptakan berpasang-pasangan. :D Singkatnya, kita memerlukan orang lain untuk melengkapi kita.


dan jawapan yang seterusnya aku anggap lebih detail daripada Cik Mira



Sebab Allah cakap ...

" Dan dari tiap-tiap sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan "
~ Surah Az-Zaariyaat : 49 ~

" Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan pasangan-pasangan semuanya baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka maupun dari apa-apa yang mereka tidak ketahui "
~ Surah Yasin : 36 ~

Fitrahnya.. semua yang ada di sekeliling kita pasti ada pasangannya.
Bukan hanya sesama manusia, tumbuhan, haiwan sahaja. Dosa pasangannya adalah pahala, syurga dan neraka, syaitan dan malaikat.

first aku baca jawapan Cik Mira ni, rasa macam terharu sangat, huhu
alhamdulillah, selesai jugak segmen aku kali ini, 

secara kesimpulan yang aku dapat buat berdasarkan tajuk di atas
setiap yang wujud mempunyai pasangan masing2, hitam ada putih, semua ciptaan Allah, memerlukan sesuatu yang akan melengkapkan mereka.

itu sahaja, terima kasih