Kuasa Allah

10:47:00 PTG





Assalamualaikum dan salam sejahtera

Aku ni banyak sangat join segmen kan,
Bukannya apa, nak tambah follower, so mana tau,
tiba2 teringin nak baca entri aku yang tak berapa best ni, okay juga kan

sebenarnya aku nak kongsi pengalaman aku,
aku ialah seorang pelajar tahun akhir (tapi aku extend bukan sbb repeat, tapi aku drop, takut nak bawa banyak2)
so, kerja aku yang amat penting sekarang adalah Final Year Project
setahun project ni berjalan, semester lepas aku buat proposal baru, semester ni, aku teruskan dengan project
setahun hasil kerja aku, or data aku aku letak dalam pendrive aku (betapa bijaknya aku ==’)
korang bayangkan tetiba dengan kuasa Allah, pendrive aku dimasuki virus Trojan, (ceit)
aku pun dengan bangga nya delete terus virus tu, dan aku tak sedar yang yang aku delete adalah data aku!!!!
Aku rasa nak nanges dalam library tu, tp aku kan cool, relaks…
Aku memang tak dapat nak fikir apa2 dah, yang aku ingat
“Kenapa la aku ni bengong sangat?!!”
Pastu, tetiba je, aku teringat sesuatu, aku pernah dengar orang ckp kalau jadi apa2 just tenang, tarik nafas, senyum, ingat Allah..
insha Allah
So, aku pun merangkak buat kerja tu dari start balik (tolong jgn bayangkn aku merangkak), baru nak buat page pertama (korang bayangkan) walaupun aku tahu hari Isnin ni dah nak kena hantar
Dengan kuasa Allah, aku terklik sesuatu kat Microsoft word, Alhamdulillah, Allah selamat kan aku hari ni, semua data aku, aku dah jumpa balik, (even aku tak simpan pun kat dalam laptop tu)
Apa yang korang rasa, aku waktu tu, aku bersyukur yang amat,
Ya Allah, Kau bantu hamba Mu yang hina ini, yang penuh dengan kejahatan….

Pesanan aku, walau kita senang macam mana sekali pun, jangan kita lupa Allah kerana Allah sentiasa ingat kita
Alhamdulillah J

You Might Also Like

0 Pendapat

Komen cun-cun tau

Opie Neon. Dikuasakan oleh Blogger.

Pages

Lain-lain Blog

[VIDEO] Menjerit Sambil Lempar Barang – Ini Reaksi Zizan Bila Nampak Lembaga

Bakal Menyambut Zuriat Pertama? 5 Topik Hangat Para Ibu Ini Pasti Buat Anda Dilema!