Tiga golongan Allah tidak akan bercakap dengan mereka pada hari kiamat

Assalamualaikum dan salam sejahtera

sambil-sambil bw tu, kita tambah ilmu sikit ya

Dari Abu Dzar r.a :Nabi saw bersabda, “Ada tiga golongan di mana Allah tidak akan bercakap dengan mereka pada hari kiamat. Mereka itu ialah:



  • Orang yang suka memberi (menderma), tetapi suka menyebut-nyebut pemberiannya itu.
  • Orang yang menawar-nawarkan dagangannya (peniaga) dengan sumpah palsu.
  • Orang yang suka berpakaian berjela-jela kerana sangat luasnya. (3)
Keterangan Hadis Orang Bernombor (3) : Rasulullah saw melarang berpakaian demikian kerana ada pakaian bangsa Arab yang labuh untuk menunjukkan dirinya orang kaya atau bangsawan. Dilarang kerana kesombongan.

Dari ‘Abdullah ibn Umar : Nabi saw bersabda, “Seseorang yang menyeret (labuh) pakaiannya kerana kesombongan tidak akan dilihat oleh Allah pada Hari Kebangkitan.”

sekian, alhamdulillah :)