Dilema Gadis

Assalamualaikum dan salam sejahtera

agak lama aku tak minta pandangan dan pendapat sahabat2 aku
okay, pada malam ni, aku nak minta pandangan dan pendapat
situasi nya begini


seorang gadis yang tiada kewangan yang stabil, seorang mahasiswa, hatinya sudah dimiliki tetapi dalam dia tanpa pengetahuan keluarganya
dilemanya bermula disini:

pada awal semester, gadis ini perlukan hampir RM 1000++ untuk menampung yuran nya untuk belajar
tetapi dia tak sanggup meminta pada ibu bapanya kerana dia faham, ibu bapanya juga tidak berduit
meminta pada si pemilik hatinya, tetapi si lelaki hanya lah kerja yang biasa-biasa
kebetulannya, dia mendapat pinangan dari seseorang yang memiliki kewangan yang stabil
dan dia terfikir, perlukah dia menerima pinangan tersebut
mungkin selepas itu dia tidak perlu memikirkan masalah wang lagi
tetapi hatinya pada si kekasih, sanggupkah dia khianati lelaki itu ?
dia juga berfikir, hatinya bukan pada si peminang, dia juga akan mengkhianati lelaki itu.


apa yang perlu gadis ini laku kan?

aku memerlukan pendapat semua blogger atau pembaca blog aku.
amat-amat memerlukan
terima kasih atas pandangan dan pendapat kalian,
Assalamualaikum dan salam sejahtera.