Novel Review (Awak Suka Saya Tak?)

10:22:00 PG

Assalamualaikum dan salam sejahtera

insha Allah start dari hari ni, aku nak wat review novel-novel yang aku pernah baca
tapi hari ni novel yang aku nak share ngan korang bertajuk

 Awak Suka Saya Tak?



oleh Melur Jelita
publish by Karya Seni
Harga Sem. Malaysia : RM35.00
Harga Sabah/Sarawak : Rm 38.00
(aku tak jual tau)

Secebis dari Sinopsis (dari novel) : 

          Kisah kasih sayang di antara Hilman Yong dan Intan Zulaikha. Mereka sangat berbeza tetapi disebab kan perbezaan itu lah, mereka berjodoh. Namun apakah kesudahan jodoh mereka apabila Hilman Yong, seorang yang baru mengenali Islam lebih mencintai Islam daripada Intan Zulaikha yang sememangnya dilahirkan Islam dari keturunan akibat perselisihan faham dan ego.

okay sampai situ je sinopsis nya, banyak lagi tapi kalo bole korang kena la baca novel tu, hehe.

aku ni bukan la insan yang suka baca novel, apatah lagi fanatik ngan taksub dengan novel, tambahan pulak novel cinta ni.
tap disebabkan orang yang aku sayang yang belikan novel ni untuk aku, aku pun terpaksa la ambil
yela, bayangkan orang yang tak suka novel cinta diberinya novel cinta, lain la kalo novel Ramlee Awang Murshid tu, mau melompat teruja aku.
sampai dalam hati aku kata, dia ni macam tak tau yang aku tak suka novel-novel macam ni, dah la tebal, mau  berbulan jugak novel ni nak abes.

Setelah beberapa hari aku dapat, baru la hari tu tergerak aku nak baca, first page, urmmm, not bad.
Boleh la.
Then, abes satu bab. Boleh tahan novel ni. teringin pulak nak tau kesudahan novel ni. Baca lagi. then, sampai la esok pagi, aku tak tido sebab nak abeskan novel tu. Unbelievable!!!

Teramat la dasyat penangan novel tu, haha

banyak perkara yang aku dapat dalam novel ni,
antaranya Allah sentiasa bersama ngan kita, dan dengan novel ni lah, aku terasa rindu sangat-sangat kat dia,
sebab kalo korang nak tau, Hilman Yong dan Intan Zulaikha pernah terpisah disebab kan salah faham selama bertahun-tahun. Punya lah sedih Intan , setiap kali dia rindukan Hilman Yong, Allah adalah tempat mengadu, sumber kekuatan dia
tak tipu, aku menangis banyak novel ni, huhu

aku tau ramai peminat novel, so, jangan ketinggalan untuk beli novel ni, alhamdulillah aku rasa novel ni novel Islamik.
*Tak suka novel yang mengajar pegang-pegang tangan walaupun belum berkahwin
biar ada pengajaran, novel adalah bacaan umum,

sekian terima kasih









You Might Also Like

0 Pendapat

Komen cun-cun tau

Opie Neon. Dikuasakan oleh Blogger.

Pages

Lain-lain Blog

Cara Hasilkan Mashed Potatoes Yang Gebu Dan 'Creamy'

Cara Paling Senang Dan Cepat Untuk Buat Cheesy Wedges Sendiri