Mengapa Patut Sertai Komuniti Glitterati Nuffnang?

Assalamualaikum dan salam sejahtera

aku teruskan seperti mana tajuk di atas (formal sikit)

Kadar Bayaran untuk kedua-dua kempen CPUV (Cost-Per-Unique-Visitor) dan CPC (Cost-Per-Click).


Semakin kurang iklan seorang blogger paparkan atas blognya, semakin tinggi suara setiap iklan kerana ia tidak perlu bersaing dalam ruang sempit. Maka, semakin tinggi CTR (Click-Through-Ratio) dan semakin tinggi nilai ruang iklan dalam blog tersebut.

Sebagai contoh, anda tidak akan mungkin jumpa 8 iklan berbeza di atas satu halaman surat khabar yang sama kecuali di bahagian Classifieds di mana setiap pengiklan membayar jumlah yang kecil. Akibatnya, ahli Nuffnang Glitterati akan menjana pendapatan sebanyak 20-40% lebih daripada blogger yang memenuhi blog mereka dengan iklan-iklan lain.

Terma Pembayaran

Nuffnang membayar ahli-ahli Glitterati 30 hari selepas setiap hujung bulan tarikh permohonan cashout. Dari situ, cek tersebut akan dikumpulkan dan dihantar ke bank untuk pemprosesan guaman sebelum dihantar kepada alamat yang didaftarkan. Pemprosesan dan penghantaran oleh pihak bank akan mengambil lebih kurang 2 minggu.

Sebaliknya, Nuffnang mengambil selama 60 hari untuk memproses pembayaran cashout untuk ahli bukan-Glitterati. Dalam kata lain, ahli Glitterati akan menerima pendapatan mereka dalam tempoh masa yang lebih singkat.

Peluang Advertorial


Ramai blogger sedia maklum bahawa kempen iklan banner menjana pendapatan yang stabil, namun sebenarnya advertorial yang menawarkan bayaran yang paling lumayan. Setiap advertorial, bergantung kepada pihak pengiklan, komitmen dan trafik blog, mampu membawa bayaran yang amat lumayan sekali. Tambahan lagi, kadang kala pengiklan akan memberi hadiah percuma juga!

Sebelum ini, peluang advertorial terbuka kepada kesemua Nuffnangers. Namun, disebabkan permintaan tinggi untuk advertorial dan keperluan untuk kami mencari blogger mana dari beribu-ribu untuk diberi advertorial, kini hanya blogger ekslusif akan layak diberi advertorial.

Acara Komuniti

"Nuffnang is known to organize some of the biggest community events, ranging from movie screenings, food reviews, media launches and many more exclusive events. As much as we’d like to extend our invitations for these events to all Nuffnangers, it is often difficult to accommodate everyone."

Disebabkan itu, Nuffang ingin memberikan ahli Glitteratinya keutamaan yang paling tinggi apabila memberikan jemputan kepada acara-acara yang dikatakan tadi.

 *aku selalu dapat jemputan, malangnya ku tak dapat nak pergi, huhu

 

Peraduan


Nuffnang telah menjadi hos kepada peraduan dan pemberian hadiah, di mana blogger-blogger menerima hadiah seperti baucar diskaun, hamper produk, telefon bimbit, camera and juga lawatan ke luar negara dimana kesemua perbelanjaan telah ditanggung Nuffnang!

Dengan permintaan tinggi untuk peraduan-peraduan seperti ini, Nuffnang akan memberi keutamaan kepada ahli Glitterati sebelum membuka kepada ahli bukan-Glitterati.

 so, apa tunggu lagi daftar Nuffnang cepat-cepat

sekian terima kasih