Apa Ada Hal? Sayang Punya Pasal.

1:46:00 PTG

Assalamualaikum dan salam sejahtera

sihat kah korang? dah makan nasi ke belum ni? tengahari dah ni. kalau belum makan, better korang makan cepat-cepat. kang perut masuk angin, sapa yang susah? aku yang penyayang ni jugak yang susah.
Ehem, ehem.

Berbalik pada tajuk di atas, apakah maksud aku yang tersirat?
sebenarnya tiada yang tersirat, yang ada cuma lah yang tersurat semata.

Aku sebenarnya dengan tak tahu malunya nak bercerita.
yup, macam biasa, aku ni suka sangat la bercerita.
tapi kali ni, aku nak cerita pasal kucing-kucing aku.
And Of course la berpautan dengan tajuk kat atas, kalau tidak apa motif aku buat tajuk tuh.
Ehem, ehem.

Aku ada 4 ekor kucing
Namanya Tom, Baby, Comey dan Puteh.
Puteh ni dah mati, lepas beberapa hari dok kat umah aku.
Mati sebab apa? Sebab dia kecik lagi, aku rasa baru berapa hari umur dia.
Sebrutal-brutal aku ni, menangis jugak dalam bilik air.
tambahan pulak aku yang menanam dia.huhu
sedih doe.

Alkisah sayang punya pasal, (berbalik pada tajuk asal)
aku biasa lap diorang punya bontot (sorry, aku tak tau ada lagi tak bahasa sopan yang lain)
ye la, kecik-kecik, mana nak pandai.
Si Puteh tu siap kencing atas aku lagi,
disebabkan sayang punya pasal, apa ada hal?
aku boleh gelak-gelak lagi.

samalah dengan si Baby n si Comey, bagus gila anak-anak kucing aku ni
mem'buang' atas aku, sayang punya pasal, apa ada hal?
macam biasa, aku boleh gelak-gelak lagi.

Tom je sopan sikit, haha
bagus akhlaknya, nak mem'buang' tahu nak 'buang' kat mana,
hehe

tahu ke apa pengajaran dan moral dalam citer ni?
moralnya:

Apa Ada Hal? Sayang Punya Pasal.


*kalau buat benda haram dan dosa, jangan guna kan ayat di atas! kalau untuk good things, keep it up!
hehe, harap faham.
harap maaf.


sekian, terima kasih.



You Might Also Like

0 Pendapat

Komen cun-cun tau

Opie Neon. Dikuasakan oleh Blogger.

Pages

Lain-lain Blog

[VIDEO] Menjerit Sambil Lempar Barang – Ini Reaksi Zizan Bila Nampak Lembaga

Bakal Menyambut Zuriat Pertama? 5 Topik Hangat Para Ibu Ini Pasti Buat Anda Dilema!