Ibu, Emak, Mak, Amma, Mama, Ummi etc

3:37:00 PTG

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Hari ini dengan bagus dan mood yang terbaik, aku nak bagi jadual penuh seorang wanita yang bergelar ibu

5.00 pagi : Basuh pinggan mangkuk dan mengemas dapur,
6.00 pagi : Kejut suami dan anak bangun pi sekolah. sambil-sambil sediakan sarapan, breakfast ngan husband dan anak-anak, siapkan bekal untuk anak-anak, Mandi dan Solat
7.00 pagi : Hantar anak-anak
7.30 pagi : Kemas dapur (anak makan breakfast tapi tak basuh), basuh baju yang berlonggok, sidai baju
9.30 pagi : Kemas ruang tamu (lipat baju, buang sawang, sapu debu, sapu lantai, mop lantai)
11.00 pagi : Mengemas tempat istirehat, kalau dok kampung, bagi ayam makan, bersihkan halaman rumah
12.00 tghari : Mula memasak makanan tengahari sambil-sambil menonton Wanita Hari Ini (masak nasi, lauk pauk, kemas dapur)
1.00 ptg : Pi ambik anak-anak kat sekolah
1.30 ptg : anak-anak balik, lempar baju sekolah merata-rata, kasut dibiarkan tak bersusun. dan teman anak-anak makan.
2.00 ptg : Solat dan kemas dapur, (macam biasa, anak-anak tak mengemas tempat makan.)
3.30 ptg : Boleh berehat sekejap.
4.00 ptg : Berbual-bual ngan anak-anak sambil tengok diorang siapkan kerja rumah
5.00 ptg : Solat, siapkan minum petang, tunggu suami nak balik kerja
6.00 ptg : Bagi ayam makan, kemas dapur, angkat kain dekat ampaian.
7.00 ptg : Siapkan makan malam, solat
8.00 mlm : Makan malam satu famili.
8.30 mlm : Kemas dapur sorang-sorang, kalau husband baik hati, tolong isteri kemas dapur
9.30 mlm : Solat dan menonton tv bersama famili, sediakan supper
10.30 mlm : Gosok baju kerja suami ngan anak-anak
11.00 mlm : tidur lepas tengok anak-anak dah tido.


keesokan harinya, segala-galanya bermula kembali

ini cuma pemerhatian aku je.
urm...
korang rasa hidup macam ni boring tak?
bagi aku tersangat la boring, tapi apa sebab mak-mak kita rilek je, maintain cun lagi buat kerja-kerja semua ni?
sebabnya hati mak-mak kita ni penuh ngan KASIH SAYANG
ini untuk ibu yang ada anak-anak yang besar, kalau yang ada anak-anak yang kecik tu, setiap hari tak cukup tido,
tapi ada ke korang tengok mak korang mengeluh?


takda kan.

so, kalau cuti sekolah ke, tolong la mak korang, berpakat ngan adik beradik yang lain.
jangan kau anggap mak korang tu orang gaji korang, nak suruh mak kutip baju berselerak, susun kasut korang, dah la kaki bau bangkai!

hargai ibu disaat mereka masih ada,
bila dah tak da, tak guna nak meratap tangis, tak kan kembali.

sekian terima kasih.
I Love My Mom,
xoxo~



You Might Also Like

0 Pendapat

Komen cun-cun tau

Opie Neon. Dikuasakan oleh Blogger.

Pages

Lain-lain Blog

Cara Hasilkan Mashed Potatoes Yang Gebu Dan 'Creamy'

Cara Paling Senang Dan Cepat Untuk Buat Cheesy Wedges Sendiri