Ellips HAIRMASK [Review Product]

2:19:00 PTG

Assalamualaikum dan salam sejahtera




Hari ni nak review produk rambut pulak.
Ellips Hairmask. Rawatan rambut sesuai untuk Rambut Rosak.

Kenapa aku guna? Sebab rambut kering gila..nampak kasar. Kusut, rasa macam iklan tersekat di skala 5 pulak.

After 2 minggu guna produk ni, rambut aku senang nak diurus, nampak sihat . Tapi aku baru guna 2 sachet (1 sachet 1 minggu) . Nak nampak lagi keberkesanannya, aku kena tunggu habis kan 4 sachet.

Tapi untuk 2 sachet ni aku berpuas hati. Rambut pun dah kurang sikit gugurnya.
Aku beli 1 kotak. Dalam 1 kotak ada 4 sachet.
So, seminggu 1 sachet. 

Ikut korang, nak habiskan terus atau nak bahagikan 1 sachet untuk 2 kali. Aku buat macam tu, sebab rasa macam banyak sangat nak lumur kat rambut ni.

Kandungan dalam hairmask ni
1. Vitamin A
2. Vitamin C
3. Vitamin E
4. Pro Vitamin B5
5. Jojoba Oil

Cara pakai senang je, macam pakai perapi rambut. Tapi yang ni biarkan selama 1 - 2 minit. Then, bilas.
After bilas tu rasa lembut gila rambut. Wangi pulak tu.

Harga masa aku beli ni RM10.11 dekat Watsons (kedai feveret aku).
Tak tau la sama ada, ada sale ke tak masa aku beli ni.

Tapi berbaloi rasanya sebab tahan 1 bulan.
Korang ada pakai hairmask apa? Boleh kongsi-kongsi yang mana elok.

Adios

You Might Also Like

0 Pendapat

Komen cun-cun tau

Opie Neon. Dikuasakan oleh Blogger.

Pages

Lain-lain Blog

Cara Hasilkan Mashed Potatoes Yang Gebu Dan 'Creamy'

Cara Paling Senang Dan Cepat Untuk Buat Cheesy Wedges Sendiri