Oh Perempuan

8:45:00 PTG

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Minggu ni rasa macam rajin terlebih pulak. Rajin update blog. Sebabnya aku dah install aplikasi blogger dalam phone aku. So , tak da masalah lagi kalau nak mengumpat dalam blog. Hik hik. Kalau guna pc malu gila nak menaip. Malu sebab bila orang lalu belakang aku, orang boleh baca.

Ehm.. itu baru mukadimah. Ini isinya.
Sebenarnya, isu berkenaan perempuan, gadis , wanita dan sebagainya memang setiap hari kau boleh tengok.

Salah satunya isu perempuan yang letak harapan tinggi pada lelaki. Biasa la terpengaruh dengan drama jam 7 la tu.

Manusia dalam realiti ni dik, insan biasa. Tak sempurna macam dalam tv tu. Dalam tv tu, dah la handsome, kaya, bijak cerdik, romantik nak mampus, agama pun bagus.

Yang kau nak ni dik, kau nak serba serbi sempurna, nak tunggu dia bimbing kau ke jannah je kononnya.

Sebelum kau letak harapan tinggi tu, kau cermin dulu diri kau, bukan suruh cermin muka tapi cermin peribadi kau. Kau sempurna ke dik? Tak kan? Aku dengan yakin cakap kau tak sempurna. Aku pun sama.

Sebab tu bila nak cari pasangan , tak payah sibuk dok cari yang serba serbi lengkap. Takkan kau jumpa. Cari yang berusaha untuk bersama kau demi Allah.
InshaAllah, hidup kau sempurna.

Nak cari pasangan ni, kena sanggup bertatih masa permulaan.
Kalau rasa tak mampu, jangan kawen. Kalau tidak , last2 kau jadi isteri derhaka macam drama cinta dalam tv tu. Menengking suami. Tak endahkan suami. Itu je kau dapat.
Okay lah. Akhir kata. Solat jangan tinggal.

Adios .
*penyakit malas menulis dah sampai

You Might Also Like

0 Pendapat

Komen cun-cun tau

Opie Neon. Dikuasakan oleh Blogger.

Pages

Lain-lain Blog

[VIDEO] Menjerit Sambil Lempar Barang – Ini Reaksi Zizan Bila Nampak Lembaga

Bakal Menyambut Zuriat Pertama? 5 Topik Hangat Para Ibu Ini Pasti Buat Anda Dilema!