SIMPLE MICELLAR CLEANSING WATER [ REVIEW PRODUCT ]

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Hari ni aku nak review satu produk yang sesuai untuk dijadikan makeup remover. Sangat bagus, sebab sekali lap pun, boleh hilangkan kesan makeup dengan bersih.

Untuk buat test, cuba lepas korang cuci muka, nak tengok bersih atau tak, korang try ambil cotton pad dan Micellar Cleansing Water ni, dan try lap tengok. Kadang-kadang, kita cuci muka tak bersih tau.

Selain dari itu, kelebihan Simple Micellar Cleansing Water ialah melembapkan kulit dan sangat-sangat sesuai untuk kulit sensitif.

Tiada bau, ini ciri yang paling aku suka dan harganya yang sangat mampu milik.

Di bawah adalah percubaan aku untuk tengok bagus tak Simple Micellar Cleansing Water ni.
1 lap dengan Simple Micellar Cleansing Water, satu lagi aku lap tak pakai apa, hehe.

Yang bertanda ROKET tu, adalah pakai Simple Micellar Cleansing Water.


Tengok, kalau korang tak remove betul-betul, kesan tu masih ada kan?
Yang ni tak nampak sangat sebab concealer yang aku beli ni mudah nak lap sebab oily.
korang tengok tu, yang Brow Liner tu tahan sampai tak keluar kecuali
kau remove pakai Simple Micellar Cleansing Water

Abaikan tangan aku yang kering tu. Ini sahaja review dari aku. 
Kalau korang masih tercari-cari Makeup Remover mana yang best?
Simple Micellar Cleansing Water adalah jawapannya.