Khas Untuk Orang Yang Bebas Hutang !

6:12:00 PTG

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Memang khas untuk orang yang aku sebut di atas. Bukan semua, tapi sebahagian.

Dalam facebook aku, ada lah seorang kakak ni, bangga bukan main,

saya bebas hutang
saya bayar hutang MARA
saya dapat diskaun
saya bayar habis
masalah peminjam PTPTN ni sebab adalah sikap sendiri tak nak bayar

Lepas tu, yang paling meluat tu, bestnya dapat fly, mengata manusia peminjam PTPTN yang disenarai hitam kan.

Tak payah la, kakak oiii. Kau senang sekarang, memang la. Orang lain tengah bersusah, kau pinjam MARA, dapat diskaun la, habis belajar, kerja menanti. Gaji dah berapa? Betul tak apa yang aku cakap ni?

Kau ingat orang lain ni tak berusaha ke nak bayar pinjaman tu terutamanya PTPTN tu. Post status bongkak nak mampus, geram pulak aku baca. 
Memang la sekarang kau senang, kau mengata orang.

Nak dapat kerja dah la payah. Kakak apa tau, keluar2 terus orang sumbat kau masuk kerja. Kitorang ni, mau tak mau kerja lah jugak, walaupun gaji tu tak setaraf dengan pendidikan. Orang kata rezeki memang macam ni, mungkin rezeki banyak ni. 

Bila kerja gaji rendah, nak jugak bagi mak ayah merasa . So PTPTN tu, hold la dulu, memang bayar sikit2, last2 yang bayar interestnya je. Sorry to say. Memang betul pun kan?

So, kakak yang bongkak kat facebook aku, aku harap2 sangat kau baca, sebab meluat gila, harap bila kau baca sentap. So kau tak lekehkan orang. Sekian. 

You Might Also Like

0 Pendapat

Komen cun-cun tau

Opie Neon. Dikuasakan oleh Blogger.

Pages

Lain-lain Blog

Ingin Tahu Cara Paling Mudah Untuk Buat Spicy Korean Fried Chicken? Ikuti Resipi Ini!

5 Benda Paling Buat Stress Setiap Kali Travel Time Musim Holiday & Tips Untuk Tanganinya