Cara Basuh Tuala

8:08:00 PTG

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Hari ni nak cerita pasal tuala pulak.
Pelik tak kenapa, walaupun kita basuh tuala cara bersih macam mana pun, still bau hapak tu ada. Pelik kan?

So, dengan ni, aku ingin berkongsi cara aku basuh tuala, okay bajet2 professional pulak aku ni. Ilmu, share la kan.

Tuala ambik masa nak basuh, kalau kau ada kain lain nak basuh, basuh dulu yang lain. Tuala tu kau kemudiankan.

Cara nya senang sangat, confirm bau hapak tu tak da.

Cucian pertama, kau basuh malam.
Macam ni ya, masuk air, masuk tuala dan masuk kan sabun. Kalau boleh lebihkan lagi sabun, tapi jangan sampai 1 pek kau bubuh sabun tu, just kau rasa cukup. Air make sure lebih dari paras tuala. Baru bersih.

Kau pusing sampai habis, tombol mesin tu.
dah habis dia pusing, kau biarkan tuala tu sampai esok pagi.
Maksudnya, kau pergi la tidur, takkan kau nak menghadap mesin tu kan.
Ini namanya proses rendaman.

Okay, bangun esoknya, jangan buang lagi air tu, kau pusing lagi.
Lepas tu, kau buang air tambah air baru, tambah sabun, sikit je, yang ni jangan nak over sabun kau ya.
Lepas tu kau basuh macam biasa kau basuh.
Ini mesin separa manual ya. Auto punya mesin aku tak pandai.

Faham tak? Aku harap korang faham la ya. Pening oo, dok menghadap komputer ni.
Chow.


You Might Also Like

0 Pendapat

Komen cun-cun tau

Opie Neon. Dikuasakan oleh Blogger.

Pages

Lain-lain Blog

23 Nightmarish Things About Piano Classes That Still Haunt Us Today

14 Annoying Pranks Our Older Siblings Played On Us Just Because They Could