Assalamualaikum dan salam sejahtera
Situasi 1:
Acik (singkatan bagi mak cik): "Eh, Bedah kau tau tak, si Peon tu anak dia kawin awal, aku rasa mesti dah terlanjur, dah la sekolah lagi, pelik aku, tetibe je nak kahwin"
Bedah: "iyeke, aku tak tau pun"
Acik: "ni mak bapak punya pasal la, anak perempuan sorang pun tak reti nak jaga, haih"
Bedah: "aku musykil ngan kau, bukan ke anak kau masuk pusat serenti, agak-agak nya, kau nak salah kan sapa?"
Acik : "eh, aku balik dulu lah ye.." (buat2 tak dengar)
Situasi 2:
Bang : "Yang, yang nampak tak Amir, jiran kita tu, dah lama abang tak nampak, kemana, kalau balik kampung selalunya dia bagitau, "
Yang : "Mana la saya tahu, perlu ke saya amek tahu hal dia, dah la pelik je"
Bang: "Yang tak baik tau, dia bukan pelik, tapi dia kan baru putus tunang, sebab tu termenung ja, kita ni berjiran, kena la tahu serba sikit pasal jiran kita"
Yang: "urm..."
okay, ni baru je isu yang seciput, tak kira yang sebesar alam ni, contohnya kebuluran yang terjadi kat negara miskin, apa pendapat korang ?
sila komen,
terima kasih,