Nak Jual Buat Cara Nak Jual

Assalamualaikum dan salam sejahtera


jumpa lagi kita ni kan, aku harap masih ramai yang nak letak komen kat bawah ni, kalau nak komen pasal blog aku pun tak pe, then, kalau boleh nak minta pendapat kat semua, baru la meriah blog ni, huhu

okay, berbalik pada tajuk, aku sebenarnya tak paham dengan perangai orang yang nak meniaga ni, boleh pula diorang ambil endah tak endah je pasal pelanggan diorang.

cerita nya macam ni, satu hari tu ada la aku ke kedai kasut, then aku tanya kan pasal sepasang kasut ni, memang dah lama la aku teringin nak beli, tapi nak buat macam mana asal aku pergi je kat mana-mana kedai diorang kata habis, then bila aku pergi kat kedai tu, aku pun tanya "kasut macam tu ada tak jual kat sini" then, dia kata,  "dah habis, tapi boleh order dan akan sampai dalam seminggu" aku punya la excited balik dengan gembira siap pergi makan kfc lagi.


dipendek kan cerita aku pergi la lepas seminggu, then, boleh pula dia kata tak sampai lagi, aku pelik sungguh la, tapi aku tetap bagi masa, then aku kata nak ambil minggu depan.


bila minggu depan, alang-alang kawan aku nak keluar dating tu, aku suruh dia ambil kan kasut aku, korang tau tak dia kata apa, kawan aku kata minah kat kedai tu kata "eh, tak tahu la, mana ada" aku dengar je macam tu aku rasa macam aku nak lempang je minah tu, sebab aku tau dia ada waktu aku order kasut tu, bila kawan aku kata nak cakap dengan tokey kedai tu, dia kata tokey tak da, lepas pada tu aku memang aim kedai tu, aku tak kan pergi kedai penipu macam tu, kurang ajar gila, kalau tak da kata aja la tak da, nak nyusah kan aku, nak kesana ulang alik.


kalau la jadi kat korang, apa yang korang rasa dan pada pendapat korang betul ke tindakan aku, kalau ikut kan kenakalan aku ni, aku jaja je nama kedai tu, biar tak da orang datang lagi, tapi disebab kan banyak kebaikan dalam diri aku ni, *wink2 aku sabar kan je lah

terima kasih sebab sudi baca coretan aku ni,
sila komen