terima kasih sebab korang masih sudi jenguk blog aku ni, maaf kalau aku tersalah kata atau sakit kan hati korang, huhu
hari ni, aku kena buat kerja lebih sikit, so balik pun agak lewat jugak la,
ni orang atasan aku la ni, bila ada pemeriksaan baru kalut, yang susah siapa?? aku jugak, sebab aku orang bawahan
opie tak ikhlas buat kerja ar tu, nak buat kerja lebih sikit pun berkira, tolong pun nak berkira
tak la, aku rasa kalau korang kat tempat aku pun korang rasa benda yang sama,
aku punya lah tolong dia buat kerja,
untuk pengetahuan semua, kerja tu tak termaktub langsung dalam kerja yang aku kena buat,
boleh pulak dia relax je, padahal dia yang nak kena check
TERIMA KASIH memang tak ucap ahh
yang paling aku pantang, dia MAKI aku.
memang sebaik-baik aku, ni ada gak kejahatan aku,
aku buat muka marah kat dia, aku hentak barang, dan aku maki dalam hati aku je lah,
*kalau tak lepas geram aku tahu, memang kasut aku dah ada dalam mulut dia dah,
dan dia terus diam, dia takut aku sebenarnya, sebab sebelum ni pun dia pernah buat aku macam ni, mujur dia orang atasan aku je
aku nak nasihat kat kawan2 yang baca blog aku ni, apa sahaja pandangan aku ni kebanyakan situasi ni berlaku dalam setiap tempat, so jangan kita nak fikir kan diri kita, cuba jaga perasaan orang lain, orang akan sayang kita
TERIMA KASIH YANG IKHLAS ADALAH YANG TERBAIK
terima kasih, :)