sambil-sambil bw tu, kita tambah ilmu sikit ya
Dari Abu Dzar r.a :Nabi saw bersabda, “Ada tiga golongan di mana Allah tidak akan bercakap dengan mereka pada hari kiamat. Mereka itu ialah:
- Orang yang suka memberi (menderma), tetapi suka menyebut-nyebut pemberiannya itu.
- Orang yang menawar-nawarkan dagangannya (peniaga) dengan sumpah palsu.
- Orang yang suka berpakaian berjela-jela kerana sangat luasnya. (3)
Keterangan Hadis Orang Bernombor (3) : Rasulullah saw melarang berpakaian demikian kerana ada pakaian bangsa Arab yang labuh untuk menunjukkan dirinya orang kaya atau bangsawan. Dilarang kerana kesombongan.
Dari ‘Abdullah ibn Umar : Nabi saw bersabda, “Seseorang yang menyeret (labuh) pakaiannya kerana kesombongan tidak akan dilihat oleh Allah pada Hari Kebangkitan.”
sekian, alhamdulillah :)