Assalamualaikum dan salam sejahtera
aku teruskan seperti mana tajuk di atas (formal sikit)
Kadar Bayaran untuk kedua-dua kempen CPUV (Cost-Per-Unique-Visitor) dan CPC (Cost-Per-Click).
Semakin kurang iklan seorang blogger paparkan atas blognya, semakin
tinggi suara setiap iklan kerana ia tidak perlu bersaing dalam ruang
sempit. Maka, semakin tinggi CTR (Click-Through-Ratio) dan semakin
tinggi nilai ruang iklan dalam blog tersebut.
Sebagai contoh, anda tidak akan mungkin
jumpa 8 iklan berbeza di atas satu halaman surat khabar yang sama
kecuali di bahagian Classifieds di mana setiap pengiklan membayar jumlah
yang kecil. Akibatnya, ahli Nuffnang Glitterati akan menjana pendapatan
sebanyak 20-40% lebih daripada blogger yang memenuhi blog mereka dengan
iklan-iklan lain.
Terma Pembayaran
Nuffnang membayar ahli-ahli Glitterati 30 hari selepas setiap hujung
bulan tarikh permohonan cashout. Dari situ, cek tersebut akan
dikumpulkan dan dihantar ke bank untuk pemprosesan guaman sebelum
dihantar kepada alamat yang didaftarkan. Pemprosesan dan penghantaran
oleh pihak bank akan mengambil lebih kurang 2 minggu.
Sebaliknya, Nuffnang mengambil selama 60
hari untuk memproses pembayaran cashout untuk ahli bukan-Glitterati.
Dalam kata lain, ahli Glitterati akan menerima pendapatan mereka dalam
tempoh masa yang lebih singkat.
Peluang Advertorial
Ramai blogger sedia maklum bahawa kempen iklan banner menjana
pendapatan yang stabil, namun sebenarnya advertorial yang menawarkan
bayaran yang paling lumayan. Setiap advertorial, bergantung kepada pihak
pengiklan, komitmen dan trafik blog, mampu membawa bayaran yang amat
lumayan sekali. Tambahan lagi, kadang kala pengiklan akan memberi hadiah
percuma juga!
Sebelum ini, peluang advertorial terbuka
kepada kesemua Nuffnangers. Namun, disebabkan permintaan tinggi untuk
advertorial dan keperluan untuk kami mencari blogger mana dari
beribu-ribu untuk diberi advertorial, kini hanya blogger ekslusif akan
layak diberi advertorial.
Acara Komuniti
"Nuffnang is known to organize some of the biggest community events,
ranging from movie screenings, food reviews, media launches and many
more exclusive events. As much as we’d like to extend our invitations
for these events to all Nuffnangers, it is often difficult to
accommodate everyone."
Disebabkan itu, Nuffang ingin memberikan
ahli Glitteratinya keutamaan yang paling tinggi apabila memberikan
jemputan kepada acara-acara yang dikatakan tadi.
*aku selalu dapat jemputan, malangnya ku tak dapat nak pergi, huhu
Peraduan
Nuffnang telah menjadi hos kepada peraduan dan pemberian hadiah, di
mana blogger-blogger menerima hadiah seperti baucar diskaun, hamper
produk, telefon bimbit, camera and juga lawatan ke luar negara dimana
kesemua perbelanjaan telah ditanggung Nuffnang!
Dengan permintaan tinggi untuk
peraduan-peraduan seperti ini, Nuffnang akan memberi keutamaan kepada
ahli Glitterati sebelum membuka kepada ahli bukan-Glitterati.