Cara Nak Elak kan Perut Buncit

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Ha, perut buncit ni memang masalah sikit. pakai baju terbang angin sikit, dah nampak timbul perut tu.

Cara merawat tu aku tak tau, tapi cara mengelak tu aku tahu.

Cara yang paling mudah untuk elakkan perut buncit ni, lepas makan, jangan minum terus. Buat kerja lain.
Macam aku ni, memang tak reti lepas makan terus minum. Aku akan basuh pinggan atau kemaskan meja makan, baru aku minum air. Kiranya dah setengah jam baru air masuk. Okay lah tu kan.
Ini untuk di amalkan di rumah, jangan korang pergi basuh pinggan kat kedai makan pulak, Dah haru nanti.

Untuk yang makan kat luar tu, lepas makan tu rehat sekejap, baru sambung minum air. Atau pun, korang minum air dulu. Selalunya kan makanan sampai lewat dari air. Betul tak?

Untuk yang bergegas semasa waktu rehat tengahari tu, tak payah order air. Order makanan je, balik tempat kerja baru korang minum air. Jimat pun jimat kan.

Itu sahaja nak cerita pepanjang jari aku ni malas nak bergerak.

Adios.