EMERGENCY COUPLE

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Terjebak dah dengan drama Korea aku ni. Dia punya hantunya drama Korea ni, korang tengok episode pertama, jangan harap korang boleh terlepas episod seterusnya.
Best giler !

3 hari aku marathon cerita ni, last2 habis juga akhirnya.
Aku suka tengok cerita happy ending, kalau tidak nanti terbawa-bawa emosi, muahaha

apa yang best drama Korea ni, kalau cerita pasal doktor, korang yang tengok ni, korang boleh belajar term-term doktor. Bukan asyik tunjuk scene doktor kerja klinik , diagnosis pesakit, suruh nurse bagi ubat. Takpun, yang jenis, kerja doktor tapi sibuk bercinta. Meluat aku.

Bila orang kata suka drama Korea, ramai dok pertikaikan, tak sokong filem Malaysia. Macam mana nak sokong, kalau isi kosong. Bukan semua drama/filem Malaysia aku tak layan. Aku layan kebanyakan yang ada isi sahaja. Contoh Tanah Kubur. Itu memang peberet aku. Yang kosong sarat dengan cinta, memang tak layan. Sebab apa? Sebabnya nak penuhkan minda masyarakat dengan perkara yang tak wujud.

Hidup ni bukan berkisar pada cinta manusia sahaja ya.

so, ambil contoh drama atau filem luar negara, kenapa lebih banyak sambutan berbanding filem Malaysia.

Berapa bintang untuk Emergency Couple?
4 bintang, YES!!