Kenangan Lalu

2:03:00 PTG

Assalamualaikum dan salam sejahtera

ini pun kenangan juga, aku suka lukis kartun ni masa kecik2. Hello Kitty


Kenangan mengusik jiwa.

Betul kan?

Entah lah kenapa di umur dekat dengan 30 tahun ni, kenangan yang lalu teringat balik. Aku masih ingat hari pertama masa darjah 1. Ayah belikan laksa. Ayah aku tak tunggu macam mak ayah orang lain.

Ayah aku pesan, katanya nak pergi kerja, dengar cakap cikgu tau.

Rasa macam masih baru. Sebab segar dalam ingatan.

Masa-masa sekarang, segala kenangan yang lama datang kembali, meskipun aku ni jenis pelupa. Pagi tadi mandi ke belum pun kadang-kadang aku terlupa. Urm..

Ingat lagi , masa ayah aku dan adik beradik aku yang lain balik kampung menjenguk arwah tok dan wan, mak tak boleh balik sebab mak kena meniaga kuih depan rumah, masa tu, aku stay dengan mak. Sebab aku tak boleh tinggal mak aku seorang, walaupun aku masih kecil, tapi aku kesian kat mak aku. Masa tu aku darjah 2.
Apa yang best, mak aku akan kata , nah duit, pi la kedai nak beli apa pun, dan aku pun pi beli twiggies yang pada masa tu baru nak up. Masa tu twiggies adalah roti mahal. So yang kaya je mampu.
Mungkin sebab tu, aku suka stay dengan mak aku. Sebab mak aku sayang aku lebih, haha. Perasan jap.

Kalaulah mak ayah aku dapat baca luahan ni, semoga mereka tahu yang aku sentiasa sayang mereka. Terlalu cinta dan sanggup berkorban apapun untuk mereka berdua.
Nak cakap berdepan, malu. Huhu.

Semoga Allah sentiasa merahmati seluruh ibu bapa di dunia yang sentiasa berkorban untuk anaknya.


You Might Also Like

0 Pendapat

Komen cun-cun tau

Opie Neon. Dikuasakan oleh Blogger.

Pages

Lain-lain Blog

Cara Hasilkan Mashed Potatoes Yang Gebu Dan 'Creamy'

Cara Paling Senang Dan Cepat Untuk Buat Cheesy Wedges Sendiri