Cara Panaskan Pizza Paling Awesome!

9:27:00 PG

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Baru-baru ni, adalah aku mengorder Pizza Hut. Bukan main lagi, order macam makan 5 orang, padahal makan berdua je.
Spagetti, 2 pizza regular dengan drumettes.

Mula-mula telan spagetti dulu, dah start dengan spagetti tu, last2 makan pizza 2 keping je. Mak ai. Order 2 kotak, pastu, terpaksa la masukkan dalam peti ais.

Esoknya, aku memikir macam mana nak panaskan pizza tu, terlupa yang aku ni tak da microwave.
Mujur lah ada penyelamat, muahaha. Bekas Pengukus !!! Aku panaskan air, pastu, letak pengukus. Bila dah mendidih baru letak pizza (aku letak atas penutup periuk leper).

Tutup api terus lepas mendidih tu, letak pizza. Sekejap je lepas tu, korang try la tengok pizza korang. Mantap gila ! Gebu nak mampus.  3 keping pizza juga aku bedal. Rasa macam lagi sedap dari semalam.

Itu je la aku nak merapu meraban hari ni. Petua terbaik dari aku pasal makanan ni. Sedap nya pizza. Hari2 breakfast pizza pun sodap!

*Nak nasihatkan korang, kalau beli periuk nasi tu, pilihlah yang ada bekas kukus tu.

You Might Also Like

0 Pendapat

Komen cun-cun tau

Opie Neon. Dikuasakan oleh Blogger.

Pages

Lain-lain Blog

[VIDEO] Menjerit Sambil Lempar Barang – Ini Reaksi Zizan Bila Nampak Lembaga

Bakal Menyambut Zuriat Pertama? 5 Topik Hangat Para Ibu Ini Pasti Buat Anda Dilema!