Assalamualaikum dan salam sejahtera
hurm, bila aku mengenang balik kisah lama (kononnya) salah satu perkara yang aku ingat ialah rancangan televisyen.
Bukannya apa, aku memang suka sangat menonton tv.
Waktu zaman aku dulu (sesiapa yang sezaman dengan aku mesti tahu) banyak rancangan pendidikan kat tv,
tapi sangat hampeh sekarang sebab aku tengok dah semakin sikit rancangan tv pendidikan. Yang aku perasan sekarang ialah rancangan Planet Kids dengan BANANA.
Dulu macam-macam rancangan, tapi aku tak berapa ingat.
yang aku ingat ialah rancangan Along dengan bacaan Iqra'.
Sekarang ni nak bagi anak tengok tv kena pantau sebab banyak rancangan yang tak patut ditonton oleh kanak-kanak.
Sekian sahaja.
Adios amigos.