Baru-baru ni aku dapat sample Perfect Whip dan Perfect Watery Oil dari SENKA. Thanks Senka !
So aku terang sikit yang aku faham dari product Senka ni.
Perfect Whip untuk cleansing, manakala Perfectly Watery Oil untuk Makeup Remover.
Product Senka terbahagi kepada 2 kategori, Cleansing Range dan Makeup Remover Range.
Untuk Cleansing Range ada 6 jenis
- Speedy Perfect Whip ada 2 (for oily to normal skin & for normal to dry skin)
- Perfect Whip (5x dense foam, dan cleansing foam no 1 di Japan) [dapat sample]
- Perfect White Clay (5x dense foam dan brightening power)
- Perfect Double Wash (5x dense foam XTRA cleansing power)
- Perfect Gel (gentle gel cleansing power)
Untuk Makeup Remover Range ada 2 jenis
- Perfect Liquid (for light makeup)
- Perfect Watery Oil (for heavy makeup) [dapat sample]
Selain dapat 2 product di atas, aku juga dapat voucher diskaun RM3 kalau beli SENKA Perfect Cleansing Range. Tapi untuk pembelian di Guardian je tau.
Antara 2 product tu, 1 je aku baru guna iaitu PERFECT WHIP. Tak tipu, memang buih dia banyak gila, walaupun kau guna paste tu sikit je. Sebab tu la dikatakan 5x dense foam. WOW !!
Lepas guna tu rasa lembap kulit, bukan berminyak tau. Selalunya pencuci muka yang kita guna ada rasa macam menegang kulit dan mengering kan kulit, tapi PERFECT WHIP ni rasa lembap dan lembut gila kulit ni.
Tapi bagi aku mungkin SENKA Cleansing Product yang sesuai dengan aku adalah Speedy Perfect Whip sebab sesuai untuk kulit yang berminyak macam aku ni. Huhu.
Orait, itu sahaja lah review PERFECT WHIP dari aku.
1 lagi nak tambah, servis sample SENKA memang bagus, sekejap je sampai. Produk lain, dekat sebulan tak sampai-sampai lagi, hampa sungguh.
Adios.