Share & Copy Paste

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Share dan copy paste ni dah jadi isu pada kalangan blogger, facebookers dan penggemar kepada media social yang lain.

Nak tahu kenapa? Sebab didalam isu ni ada unsur plagiat. Maksudnya meniru sebijik tapi kredit tak bagi pada penulis.

Bagi aku kalau nak berkongsi status mahupun entri , seharusnya kita hormati penulis tersebut. Korang sepatutnya SHARE bukannya COPY PASTE (kecuali dengan izin penulis untik copy paste)

Kebanyakannya orang yang mahukan perhatian, dia akan copy paste sahaja. Kononnya dia yang menulis. Dan di bawah status tu dia akan tulis c&p dari dot dot dot. Kadang2 orang tak perasan, orang akan share dan kredit akan dapat pada orang yang copy paste.

Penat kan penulis sebenar tu...
Bukan diorang kedekut suruh korang share, tapi itu hak mereka. So, harap faham.
Status aku tak pernah orang share, tapi aku selalu tgk status manusia yang suka sangat copy paste ni, kata diorang ilmu pun nak kedekut.
Bukan kedekut tapi hormat. Penat korang tau tak diorang menulis memikir idea. Senang2 korang tampal kat wall korang.

Adios.