Resepi Spagetti Mudah Gila

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Macam biasa, malas nak tulis panjang, nanti korang bukan baca pun, tengok la resepi spagetti mudah gila ni.

Spagetti
Spagetti (ikut berapa manusia nak makan)
Garam secoit
Minyak sesudu

Kuah
Bawang Putih
Bawang Merah
Cili kisar/cili padi (kau belah tengah)
Tomato Puri (Prego pun boleh)
Sosej/ketam/bebola/isi ayam/daging kisar/telur hancur (letak yang mana2 korang ada)

Untuk spagetti, 
1. didihkan air, agak2 spagetti boleh tenggelam bila dia lembut nanti.
2. bila dah didih, perlahan kan api, dan masukkan garam dan minyak
3. Biar sampai spagetti terendam.

Sementara nak tunggu spagetti tu masak, buat kuah pulak.

Untuk kuah
1. tumis bawang putih dan bawang merah
2. Dah naik bau tu, masukkan cili kisar/cili padi. Kalau cili kisar, sila masak betul2, kang sakit perut.
2. Lepas tu, korang masukkan tomato puri, masukkan sedikit air rebusan spagetti (ini aku gugel, diorg kata sedap).
*spagetti sedap kalau kuah nya pekat, so, jangan letak banyak sangat air rebusan tu, Cukup2 je.
3. Dah mendidih tu, masukkan sosej/ketam/bebola/isi ayam/daging kisar/telur hancur, tunggu mendidih sekali lagi.
4. Rasa la kuah sedap ke tak, garam kalau boleh tak payah letak dah, sebab air rebusan tu dah ada garam.
5. Pastu dah boleh tutup api.

Untuk spagetti tu, sambil masak kuah tu, korang try putuskan spagetti tu untuk test dah masak ke belum, kalau tak rasa keras tu dah masak la.
jangan rendam lama sangat nanti kembang, meloya kau makan.

Rahsia spagetti sedap
1. Kuah pekat
2. Spagetti masak sempurna, tidak terlalu kembang atau tak masak
3. Kuah tak pedas, kalau nak pedas, cukup untuk buat lidah menyucuk je (faham tak?)
4. Makan panas2,


itu sahaja, kalau bagus share la.

adios.