Korean Movie/Drama

Assalamualaikum dan salam sejahtera



Mai sini aku nak cerita, semenjak dua menjak ni aku dah kemaruk dengan cerita Korea. OMG! Kau punya ketagih tu, kalau tak habis episod aku tengok, malam tu boleh termimpi pula. Aduhai. 

Tahun ni sahaja aku dah habiskan banyak drama Korea, antaranya 
Legend of The Blue Sea, 
Its Okay That is Love, 
49 Days

Banyak lagi sebenarnya cuma tak ingat. haha. Yang best cerita Korea ni, korang boleh belajar banyak ilmu dalam cerita tu. Bukan tengok saja2 je tau.
Contohnya Its okay, that is Love berkenaan penyakit jiwa, psikiatri. Banyak term dalam drama tu. Kalau korang tak pernah belajar pun korang akan tahu. Lagi satu, diorang tak panggil orang yang sakit macam ni gila ya. Orang sakit ini ada gangguan yang kadang-kadang diorang pun tak perasan.

49 Days pula, banyak mengajar mengenai kasih sayang orang sekeliling selain dari ahli keluarga kita. Tak semestinya orang yang selalu bertengkar dengan kita membenci kita, dan tak semestinya kawan yang rapat menyayangi kita. Pengajaran yang sangat penting dalam hidup ni sebenarnya, walaupun ending agak sedih sikit, huhu

Sesiapa yang ada tonton drama/movie Korea boleh share tau. Mana tahu aku nak tengok. Kalau dapat bagi pengajaran sekali pun boleh. 

Okay, babai.

Nak Review? Email opineneon@gmail.com