Akhir-akhir ni, mood aku entah lah ke mana.
Aku selalu sedih, sampai aku stress.
Aku rasa hidup ni tak adil. Tak ikut flow aku.
Tertekan yang amat.
Sekarang cuma Allah tempat aku bergantung dan berharap.
Inilah manusia, sedih baru ingat Tuhan, masa gembira huha huha, solat pun boleh lalai.
Untuk sesiapa yang mengalami tekanan, aku doakan korang cepat sembuh, ya, tekanan tu perit pedih, sebab luka dalaman, tiada siapa pun tahu.
Kalau ada problem boleh cerita pada kawan2, kalau nak cerita pada aku pun boleh, just luahkan dekat komen atau email aku terus. FB aku dah tak aktif.
Tekanan perasaaan ni sebabnya kita selalu menekan diri kita, untuk melebihi kemampuan kita. Kadang2 kita ni asyik nak jaga perasaan dan hati orang, nak tunjukkan diri kita pun mampu.
Please, tak perlu pun kita nak buktikan diri kita pada sesiapa, kita cuma perlu buktikan pada diri kita sendiri sahaja.
Kelebihan dan kelemahan orang lain-lain, jadi tak perlu compare.
Bawang-bawang yang suka compare tu, kau abaikan je. Kau dengar boleh, tapi biar melantun keluar.
Mak bapak kau pun tak sibuk, apahal orang luar nak sibuk, ceih. Maaf emosi sekejap.
Okaylah, inshaAllah, ada masa nanti aku karang la lagi, macam tak da idea ja semenjak dua menjak ni.
Sayang diri dulu, baru orang akan sayang diri kita.
Jangan kejam pada diri.
Jangan risau , masih ada yang sayang.
Allah kan ada, jangan sedih-sedih.
Lebiu all.