Hati-hati mendeko dapur



Assalamualaikum
Salam sejahtera

Sari berita utama (ecewahhh)

Sebenarnya malas nak taip ni, memang malas sangat, tapi disebabkan rasa macam tanggungjawab lah kan, sebab bila kita dah tahu, kenalah kita sebarkan. Sebab benda penting. apa aku melalut ni..

Sambung..
2-3 menjak ni, tengok kat fb, ramai suri-suri rumahtangga, tak kira la yang fulltime atau bekerjaya, masing-masing mendekorasi dapur.
Sebenarnya hobi tu amatlah bagus, sebab itu kan ruang untuk suri2 bekerja, tapi pada pendapat aku lah...ini pendapat okay, kalau boleh kurangkan penggunaan kain atau barang mudah terbakar dekat area dapur. 

Aku tengok dengan langsir dekat tingkap tempat terletaknya dapur api tu. Dekat kabinet tepi dapur pun ada alasnya.  Risau tau. Nak tegur kang takut ada yang marah, so secara am nya tegur dekat sini je boleh. 

Minta maaf sangat kalau ada yang buat macam ni. Pentingkan keselamatan berbanding kecantikan. Cantik ni bukan terletak banyaknya "make up" tapi pada fungsi dan sifat asalnya. 
Kalau boleh biar dapur tu jadi diri dia sendiri. Tacap sikit2 je okay. 
Minimalist.
*ini bukan entri dengki lagi keji. cuma pesanan khidmat masyarakat. 

Sorry again.
Adios.