Assalamualaikum dan salam sejahtera
Kehidupan kita sekarang membuatkan kita berusaha keras untuk mencari pendapatan sampingan, betul tak?
Yang tak bekerja, nak cari kerja. Yang dah bekerja pila, tambah lagi pendapatan sampingan yang lain.
Hari ni aku nak cerita sumber pendapatan lain secara sampingan selain berniaga dan join dropship.
Yang aku amalkan selalu, aku akan cari site yang buat seurvey berbayar, aku dah banyak jana income dengan survey berbayar. Contohnya aku tak bekerja, tapi dengan menjawab survey ni, aku dapat voucher beli belah atau wang cash.
Mudah kan. Asalkan kau ada komputer dan internet dekat rumah kau. Telefon pintar pun boleh digunakan, tetapi banyak survey yang diberikan lebih memilih calon yang menggunakan komputer/laptop.
Selain dari menjawab survey, korang juga boleh menulis blog, maksudnya jadi blogger. Pilih apa blog yang sesuai dengan korang, contohnya kalau korang expert bab kesihatan dan kecantikan, korang boleh buat entri berkenaan dengan produk-produk tertentu. Yang pandai bab pendidikan pun, boleh berkongsi juga dalam blog korang. Jangan lupa pasang iklan (ads). Iklan ni banyak syarikat yang akan taja, sebagai contoh Nuffnang dan AdSense. Ini contoh sahaja. Yang lain aku tak pasti, andaikata ada yang aku tertinggal minta tambah di ruang komen ya.
Selain dari 2 di atas, korang boleh jadi freelancer dengan cara mendaftar online di syarikat yang mengambil online freelancer. Korang cuma perlu isi secara online, isikan korang punya kepakaran dan lengkapkan butiran yang diperlukan, dan korang cuma perlu tunggu mana-mana syarikat yang sedang mencari freelancer. Korang boleh letakkan sendiri rate gaji perjam (perhour) yang korang rasa berpatutan.
Sebenarnya , banyak lagi pendapatan sampingan yang boleh korang dapat dengan hanya menggunakan masa terluang korang. Kebanyakan nya online. Cuma nak dapat tu, berpandukan kerajinan la. Kalau malas, nasi depan mulut pun tak dapat makan. Faham .
Okay , itu sahaja, Andaikata ada nak tambah boleh komen di bawah ya. Sekian