Perlukah Pemakaian Topeng Muka (Face Mask) dan Pembersih Tangan (Hand Sanitizer) ?

Assalamualaikum dan salam sejahtera




Pelbagai cara kita buat untuk lindungi diri kita dari terkena jangkitan Covid19 kan? Pakai topeng muka (FM) dan Hand Sanitizer. Benda yang kita jarang guna, tapi menjadi perkara yang sangat diperlukan sekarang. Sangat berharga.

Topeng muka ni banyak jenis, yang selalu kita guna tu yang staff kesihatan selalu pakai.
Hand sanitizer ada dua jenis, jenis yang aku tahu cecair yang selalu dekat hospital dan jenis gel, gel ni yang selalu kita pakai. Boleh di bawa sentiasa.

Aku tengok kalau dekat fb ramai yang tertanya perlu pakai atau tak Face Mask? Ada yang kata tak perlu pakai kecuali kalau kita menunjukkan simptom-simptom tertentu.
Pada pendapat aku, dan nasihat aku untuk korang, PAKAI bila korang keluar. Tolong pakai topeng muka walaupun korang tak sakit.

Ada seorang kawan Fb aku dari China, dia mengalakkan pemakaian topeng muka di saat pihak tertentu mengatakan tak perlu pakai jika tak sakit. Sebab korang boleh tengok peningkatan kes dari hari ke hari negara yang tidak mengamalkan pemakaian topeng muka dan negara yang mengamalkan pemakaian topeng muka. Contoh negara yang mengamalkan pemakaian topeng muka adalah Korea Selatan dan Jepun. Korang boleh compare dengan negara barat yang tidak mengalakkan pemakaian topeng.

Korang sendiri boleh fikir logik.

Andaikata harga topeng muka mahal, tolong jangan beli. (Jika harga melebihi harga yang ditentukan kerajaan.) Boleh beli yang kain punya atau dapatkan yang murah. Sebab jika korang berpusu-pusu membeli , keadaan macam ni akan jadi panic buying. Supplier akan naikkan harga sebab demand tinggi. So, just beli yang korang mampu.

Hand sanitizer pula sesuai kalau korang keluar rumah, membeli barang keperluan atau pergi ke kerja. Dah balik still korang kena basuh tangan seperti yang disyorkan ya. Hand sanitizer bukan membunuh semua kuman atau virus. Hand sanitizer digunakan untuk MENGURANGKAN virus dan kuman. Sememangnya yang terbaik adalah basuh tangan dengan sabun.

Itu sahaja , sendiri boleh fikir kan. Perlu atau tak perlu kita pakai.

Adios.