Assalamualaikum dan salam sejahtera
Makin rajin aku dalam masa PKP ni, almaklum lah, goyang kaki je dok rumah, itupun masih ramai manusia yang tak faham bahasa dok merayap mana hala. Pastu alasan kat polis kemain lagi, ingat polis tu tak da pengalaman agaknya, korang nak kencing.
Maaf lah tajuk atas tu aku google translate, harap korang faham lah ya.
Hari ni aku nak bagi maklumat cara nak boostkan korang punya immune. Kenapa kita cakap pasal immune? Sebab Covid19 lebih mudah menjangkiti orang yang immune rendah, dan mempunyai masalah kesihatan. Jadi make sure orang di sekeliling korang, insan yang korang sayang, sentiasa dilindungi dengan cara kita berusaha untuk tingkatkan immune.
Artikel dari healthline.com , korang boleh baca secara lanjut di sini ya.
15 Makanan yang tingkatkan imun sistem
1. Buah-buahan Sitrus, macam oren, lemon dan sebagainya
2. Red bell peppers
3. Brokoli
4. Bawang Putih
5. Halia
6. Bayam
7. Yogurt
8. Badam
9. Kunyit
10. Teh Hijau
11. Buah Betik
12. Kiwi
13. Sup Ayam
14. Kuaci
15. Kerang
Dari Artikel Harvard Medical School
Cara Untuk Kuatkan Imun Sistem
1. Jangan Merokok
2. Makan banyak Buah-buahan dan Sayur-sayuran
3. Bersenam selalu
4. Jaga berat badan
5. Jangan minum minuman beralkohol
6. Tidur yang Cukup
7. Basuh tangan selalu
8. Masak daging betul-betul
9. Kurangkan Stress
Ini sahaja buat masa sekarang, nanti aku akan tambah lagi ya.
Insha Allah, kalau korang amalkan amalan dan pemakanan di atas, imun sistem korang akan meningkat.
Korang cuba je dulu ya.
Okay itu sahaja untuk hari ni.
Bye, adios...