HILANGKAN DAKI PADA KOLAR BAJU

Assalamualaikum dan salam sejahtera



Dah berapa lama aku tak berblog ni, haha, dan aku muncul kembali cuma untuk share petua ja, haha

PKP ni sebenarnya melemahkan mental aku, berapa kali dah aku down, rasa stress. Dan kali ni, aku harap aku kembali dengan semamngat baru.


Berbalik pada tajuk kat atas tu, simple je sebenarnya nak hilangkan daki pada kolar, ketiak , kalau korang setakat basuh terus tak bersihkan daki, memang hapak la bau baju korang, bila korang pakai, orang lalu sebelah confirm tak selesa dengan bau tu.

 CARANYA baju tu jangan basahkan tau, ambil shower gel atau sabun mandi ketul, korang tenyeh la pada tempat berdaki tu, pastu, ambil la air basahkan sikit tangan korang, tonyoh tempat daki.

terus basuh guna washing machine . Senangkan petua aku, ini pun aku tak ingat dapat dari mana, ada orang kongsikan juga ni, petua dulu2.


Itu sahaja, okay lah, nanti kita sharing2 lagi tau, adios