BAYI DEMAM

 Assalamualaikum dan salam sejahtera


aku bagi link dekat shopee, banyak sebenarnya kedai yang jual, ni salah satu.


Aku nak cerita secara ringkas ya, apa perlu korang buat kalau bayi korang demam, 

Pertama sekali, bila nak ada baby ni dalam rumah korang kena ada thermometer ya. Guna yg digital. 

Bila badan baby dah mula rasa panas, korang check suhu, kalau dah 37°C hantar terus hospital ya, jangan lambat2.

Andaikata suhu masih di bawah 37°C (kena tanya doktor masing2) , jerlum (basahkan kain, perah dan lap) badan anak korang, buat kerap sampai panas badan dah kurang. 
Kalau korang sibuk dan penat, korang beli je coolfever banyak2, tempek di belakang, celah ketiak dan dahi. Ini memang aku selalu buat.


Jangan pakaikan baju yang tebal pada anak, biar nipis. 

Suhu di dalam bilik jangan terlalu sejuk dan jangan terlalu panas. sedang2, kalau panas, pasang aircond. Ini yang aku buat supaya anak aku selesa, pandai2 lah korang adjust suhu sampai selesa. 

Susukan anak kerap. Jangan sampai dehydrate. Nanti baby kerap kencing, suhu akan turun. Selain dari tu, tukar lampin kerap, penuh ja tukar, jangan tunggu sampai 4 jam, check selalu lampin tu, biar baby selesa. 

Kalau anak ada sakit2 lain selain demam, contohnya batuk atau selesema, tolong terus bawa ke hospital atau klinik, jangan berlengah. Pastikan kalau ke klinik, klinik kanak-kanak bukan klinik biasa.


Andaikata ada salah dalam penulisan aku, tolong komen dan perbetulkan, sebab yang aku nyatakan adalah pengalaman aku.


Korang yang membaca, sila belek komen juga ya, maybe ada tambahan info juga, terima kasih .