Apa korang buat kalau stress?

Assalamualaikum dan salam sejahtera



Tetiba nak posting benda mengarut dalam blog, walaupun aku tahu tak da siapa yang nak bagi pendapat, huhu

Apa korang buat kalau korang sedih atau stress?

Macam kalau aku, aku nangis la dalam bilik air, maksudnya aku akan masuk bilik air lama gila-gila, boleh sampai 1 jam. Nangis puas-puas dan teruskan hidup aku.

Kedua, aku menggunakan kuasa 'lantak kau lah!' orang utara cakap ' mampuih pi kat hang!' dekat orang yang membuatkan aku stress. Kita tak perlu bercakap, cuma kau tak perlu layan, sebab kalau kau boleh bercakap kata-kata kat atas tu, takde nya lah kau nak stress , betul tak?

Ketiga, aku belikan diri aku macam-macam, paling best beli online, abang posmen datang hantar barang, kau boleh buat terkejut, 'eh, untuk saya ke?' sambil senyum gedik, ajet - ajet ada orang bagi surprise, puih.

Actually, yang terbaik mendekatkan diri pada Allah, kau baca la Al-Quran, solat, nangis la...
Walaupun susah nak praktik kan harap-harap kita dapat lah buat macam tu, ye tak?

Itu sahaja, ada komen, komen je kat bawah, kalau nak email pun boleh, sebelah kanan ada alamat email aku, email je, inshaAllah aku reply

Adios amigos.