PKP di Malaysia

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


PKP adalah Perintah Kawalan Pergerakan seperti yang sedia maklum.
Kalau kita lihat dari segi pengawalan COVID19, Malaysia agak lambat bertindak semasa kes sudah mula merebak di seluruh dunia. Dapat di lihat Malaysia mementingkan sektor pelancongan berbanding keselamatan rakyatnya. Malaysia gagal mengekang dengan lebih awal semasa China begitu teruk dihentam virus ini.

Namun begitu,
pada ketika ini, pelaksanaan PKP yang dilakukan oleh kerajaan Malaysia adalah sesuatu yang harus dipuji dan ini menunjukkan Kerajaan Malaysia mementing kan rakyatnya. Tabik kepada semua pihak yang memikirkan mengenai Malaysia. PKP yang sepatutnya tamat pada 31hb Mac terpaksa dilanjutkan sehingga 14 April 2020 atas perbincangan semua pihak.

Jika dilihat dari sudut seorang rakyat biasa, Malaysia dilihat mampu menangani COVID 19 jika setiap dari seisi Malaysia bekerjasama. 
Terima kasih kepada semua KEMENTERIAN dan BARISAN HADAPAN yang sanggup bekorban dan menjadi BENTENG PERTAHANAN untuk setiap rakyat Malaysia.
Saya mendoakan Allah melindungi kalian dan sentiasa dalam rahmat Allah. Anda adalah manusia mulia yang ikhlas berjuang demi negara

Sebagai rakyat Malaysia pula, tidak mengira kaum dan bangsa, haruslah sama-sama melakukan peranan masing-masing iaitu #stayhome. Keluar bila perlu sahaja. Jadilah rakyat yang reti bahasa. 
Ini sahaja lah cara untuk kita membendung penularan wabak ini. Jangan mementingkan diri anda, pandang sekeliling dan lihat, bukan anda sahaja yang terkesan dengan pelaksanaan PKP, setiap rakyat Malaysia terkesan. 
Jika kita berjaya mengekang COVID 19, insha Allah, kita akan kembali melakukan rutin harian kita seperti sebelumnya.

Itu sahaja pendapat dari saya, sebagai rakyat Malaysia marilah kita sama-sama membantu Kerajaan dengan cara mengikut perintah yang dikeluarkan oleh Kerajaan.
Sekian.

*setiap perkataan yang ditaip di atas adalah pendapat peribadi saya, dilarang sama sekali salin dan melakukan apa-apa yang boleh menimbulkan provokasi dan sebagainya. Anda juga dilarang menggunakan PENDAPAT PERIBADI saya untuk tujuan mengapi-apikan mana-mana pihak.
Saya tidak bertanggungjawab atas segala komen yang tidak sepatutnya.
Sekian terima kasih.