Assalamualaikum dan salam sejahtera
Musim PKP ni memang banyak post aku akan berkisar mengenai PKP la ya. Tapi semua entri aku akan jadi semudah yang boleh, sebab aku nak tally dengan kefahaman aku.
Seperti semua sedia maklum , disebab kan Covid19, kerajaan terpaksa lakukan Perintah Kawalan Pergerakan. Kedai/Perniagaan yang bukan keperluan terpaksa di tutup supaya dapat mengurangkan pertembungan manusia-manusia yang mungkin mudah dijangkiti dan yang akan menjangkiti orang lain. Sebabnya pesakit Covid19 tidak menunjukkan simptom dalam masa yang cepat, dan banyak simptom hanya ringan atau mild .
Berbalik kepada tajuk di atas, kepada yang mempunyai perniagaan, apa korang punya perancangan sebelum Covid 19 ni menyerang, adakah pada masa sebelum ni, korang dah prepare for something? Mungkin korang tak akan menjangka yang virus akan menyerang Malaysia dan dunia, tapi korang menjangka kan suatu hari nanti korang pasti akan berada di tempat sekarang.
Banyak pemilik perniagaan yang sedang kelam kabut sekarang kerana mereka terpaksa membayar gaji kepada pekerja. Bagi perniagaan yang tidak mempunyai pekerja, itu tiada masalah, tetapi untuk perniagaan yang mempunyai staff, saat ini adalah kritikal bagi korang. Banyak kos terpaksa korang tanggung tetapi tiada untung di saat ini disebab kan PKP.
Benda dah jadi kan, untuk masa akan datang, selepas Malaysia dah pulih dari Covid19 nanti, aku rasa korang dah boleh menyimpan atau sediakan 3-6 bulan gaji pekerja, utiliti dan sebagainya yang setiap bulan korang kena tanggung.So, pada masa depan, korang tak tertekan dengan perkara yang tidak dapat kita jangka, betul tak?
Sebenarnya, aku pernah bekerja dengan seorang ni, perniagaan dia kecil, cuma ada dalam linkungan 5 pekerja, dia bagitahu aku, dia sentiasa menyimpan untuk 3 bulan akan datang, (gaji pekerja dan sebagainya) sebab dia kata kita tak tahu apa akan jadi pada masa akan datang.
Dan bila Covid19 menyerang, dan aku tengok banyak ahli perniagaan yang kemungkinan akan gulung tikar dan ada juga yang terpaksa memberhentikan pekerja saat ni, aku teringat apa yang dia kata, dan aku rasa sekarang, dia sedang relax di rumah dan tidak terlalu tertekan dengan keadaan sekarang. of course, dia pun terkena tempias, tapi dia masih boleh berlapang dada. Faham kan.
Jadi , aku harap sangat, yang akan memulakan perniagaan atau ahli perniagaan yang sedang mengalami krisis, pada masa akan datang, buatlah persediaan awal. Sorry to say, banyak ahli perniagaan yang marah-marah bila kerajaan mengarahkan majikan membayar gaji pekerja. Ingatlah wahai majikan, kalau tak da pekerja, mana nak naik perniagaan kita.
Sekian sahaja.
Maaf andai salah bicara, rasa tak betul boleh komen di bawah.